All Season Tours

Malaysia Flag

HomeAsia / MalaysiaAbout MalaysiaMalaysia ToursContact Us

 

Historical Sites

 

Townships, forts and burial grounds at the Johor River corridor are the Nusantaraís grand monuments, a symbol of the era of prosperity of the Malacca Sultanage after the Portuguese colonial period. Besides that, there are thousands of other monuments consisting of caves, temples, mosques, traditional houses, colonial-era buildings, residential houses belonging to various ethnic groups and old shophouses scattered all over the country.

 

Identified and inventoried monuments through December 2000 totalled 21,000. 350 minuments have been positively identified and given special attention in efforts to preserve them, among them :

Historical Sites in Malaysia

 

1. The Sultan Abdul Samad Building, Kuala Lumpur.
2.
Town Palace, Kuala Langat, Kuala Selangor, Selangor.
3. Pengkalan Kempas Historical Complex, Negeri Sembilan.
4. Melawati Hill Historical Complex, Kuala Selangor, Selangor.
5. Old
Palace of Seri Menanti, Negeri Sembilan.
6.
Stadthuys Building, Malacca.
7. Dol Saidís Grave, Malacca.
8. Sultan Abu Bakar Mosque, Johor Bahru.
9.
Cornwallis Township, Penang.
10. Pasir Salak Historical Complex, Perak.
11.
Kenangan Palace, Kuala Kangsar, Perak.
12. Kota Kuala Kedah Historical Complex.
13.
Pelamin Palace, Alor Setar, Kedah.
14. Skeleton Hill Archaeological Site, Semporna, Sabah.
15.
Chimney Building, Federal Territory.
16.
Sultan Abu Bakar Museum (Kota Beram Palace), Pekan, Pahang.
17.
Jahar Palace, Kota Bharu, Kelantan.
18. Puteri Hill, Kuala Terengganu.
19.
Johor Lama Township, Kota Tinggi, Johor.
20. Margherita Fort, Kuching,
Sarawak.

Projek Monumen Terkini / Latest Monument Projects

1. St. Paul Hill, Malacca
2.
Cornwallis Township, Penang
3. Cultural Hall, Alor Setar, Kedah.

Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur

 

Bangunan ini di rekabetuk oleh A.C. Norman dan mula dibina pada tahun 1894 dan siap pada tahun 1897. Dengan menara jam setinggi 135 kaki serta rekabentuknya yang menarik, ia merupakan salah satu mercu tanda kepada bandaraya Kuala Lumpur. Bangunan ini asalnya dibina untuk menempatkan pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor, kemudian menempatkan beberapa pejabat kerajaan yang lain antaranya pejabat perbendaharaan Selangor, perbendaharaan persekutuan, dan mahkamah persekutuan dan mahkamah tinggi.   

 

 Istana Bandar, Kuala Langat, Selangor

 

Istana Bandar mula dibina pada penghujung abad ke 19 dan siap sekitar tahun 1905. Ia dijadikan tempat bersemayam baginda Sultan Alauddin Shah bersama isterinya Hajjah Safiah. Pada tahun 1926 Istana Bandar dijadikan tempat pertabalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah sebagai Sultan ke 7, Negeri Selangor Darul Ehsan.

 

Istana ini dibina dengan adunan senibina Islam dari India dan Timur Tengah oleh tukang-tukang Cina mahir yang menerapkan unsur-unsur seni ukiran dan ragam hias pengaruh Cina. Ia mempunyai landskap yang menarik dilengkapi dengan kolam-kolam pada bahagian depan Istana. Selepas merdeka pada tahun 1957, Istana ini ditinggalkan kerana pemindahan pusat pemerintahan ke Kuala Lumpur. Kini, Istana ini telah dijadikan sebagai Pusat Tahfiz Al-Quran dan Pejabat Agama Islam Selangor.

 

Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas, Port Dickson

  

Kompleks ini menempatkan Makam Syeikh Ahmad Majnun seorang pendakwah di zaman Kesultanan Melayu Melaka, serta struktur-struktur batu megalith. Makam Syeikh Ahmad Majnun dianggap sebagai salah sebuah makam Islam tertua di Malaysia berdasarkan kepada inskripsi batu bersurat yang diukir pada tahun 1467-1468 dipercayai tarikh beliau meninggal dunia.

 

Batu megalit atau lebih dikenali sebagai 'batu hidup' oleh penduduk tempatan dipercayai telah wujud sejak abad ke 2 dan ke 3 dan dapat dilihat di sekitar daerah Kuala Pilah, Tampin dan Rembau. Keistimewaan batu megalit Pengkalan Kempas dapat dilihat pada bentuk-bentuk batu tersebut yang dikenali sebagai "batu pedang", "batu sudu" dan "kemudi". "Batu Pedang" dianggap lebih istimewa kerana terdapat ukiran pada permukaannya.

 

 Kompleks Sejarah Bukit Melawati, Kuala Selangor

 

Berdasarkan kepada kedudukan bukit ini yang menghadap muara Sungai Selangor, ia pernah menjadi pusat pentadbiran kesultanan Selangor di akhir abad ke 18 dan awal abad ke 19. Dipuncak bukit ini terdapat sebuah kota pertahanan silam yang memainkan peranan besar dalam sejarah awal negeri Selangor. Kota ini dibina semasa pemerintahan Sultan Ibrahim (1778-1826) untuk mempertahankan dari serangan Belanda kerana Negeri Selangor terlibat dalam pergolakan kuasa di antara Belanda dengan Johor dan Riau. Akhirnya kota ini telah dapat ditawan oleh Belanda pada tahun 1784 kemudian diperbaiki dan dinamakan Kota Altingsburg sempena nama Gabenor Jeneral Belanda. Pada tahun 1785, Sultan Selangor dengan bantuan orang Pahang dan penggawa Permatang telah menawan semula kota ini daripada pihak Belanda.

 

Kompleks Bukit Melawati mengandungi banyak bukit-bukit sejarah yang masih dipelihara dengan baik diantaranya tembok kota yang masih berdiri kukuh, 'Tangga Seratus', bekas tapak istana, rumah api, makam diraja, perigi tujuh, batu hampar tempat memancung kepala, rumah kediaman Pegawai Daerah, rumah rehat dan dipercayai terdapat sebuah terowong tempat menyimpan harta. Sehingga kini masih terdapat beberapa buah meriam besar terletak menghala ke muara Sungai Selangor. Terdapat juga sebuah "Telaga Beracun" dilereng bukit ini bagi menghukum pesalah. Kesan struktur tangga sebahagiannya masih lagi kelihatan, dibina untuk tujuan mendaki Bukit Malawati. Terdapat juga sebanyak 100 anak tangga yang dibina bermula dari Pengkalan Batu Buruk ke puncak bukit dikenali sebagai "Tangga Seratus".

 

Istana Lama Seri Menanti

 

Istana Lama Seri Menanti merupakan salah sebuah istana lama Malaysia yang indah dari segi bentuk senibina tradisional. Dibina dalam tahun 1931 oleh dua orang tukang kayu yang mahir dan terkenal iaitu Kahar dan Taib. Rekabentuknya mungkin diilhamkan dari gambaran istana Sultan Manshur Shah, Melaka. Senibinanya empat tingkat, mempunyai 99 batang tiang kayu cengal dan pembinaannya tidak menggunakan paku. Struktur atas bumbungnya menggunakan kayu cengal dan bentuknya menjadi inspirasi struktur bumbung bangunan Muzium Negara. Tingkat pertama merupakan Balai Rong Seri, iaitu tempat mengadap. Bilik beradu keluarga diraja terletak di tingkat dua manakala tingkat tiga dikhaskan untuk Yang DiPertuan Besar. Tingkat menara iaitu 'Tingkat Gunung' menempatkan khazanah dan tempat berehat diraja.

 

 Bangunan Stadthuys, Jalan Kota, Melaka

 

Dibina di zaman pemerintahan Belanda sekitar tahun 1650an dan merupakan bangunan Belanda yang mashyur dan tertua di luar negara Belanda. Stadthuys bermakna bandaran dan digunakan sebagai pusat pentadbiran dan kediaman rasmi Gabenor Belanda. Bahagian bawah bangunan menempatkan penjara dan tempat askar berkumpul dan di bahagian belakang bangunan terdapat tempat membakar roti. Apabila Melaka jatuh ke tangan Inggeris, bangunan ini juga dijadikan pusat pemerintahan Inggeris.

 

Makam Dol Said, Kampung Naning, Alor Gajah, Melaka

 

Datuk Dol Said dikenali juga sebagai Datuk Naning, merupakan penghulu Naning pada tahun 1802. Beliau telah menentang British pada tahun 1831 dan 1832 kerana Inggeris mengenakan cukai 1/10 keatas hasil tanaman di daerah Naning yang sebelum ini tidak pernah dikenakan cukai. Dengan ini, terjadilah pertempuran yang dikenali dalam sejarah sebagai perang Naning yang mengorbankan ramai pahlawan Melayu. Datuk Dol Said telah kalah dalam peperangan tersebut dan menyerah kalah kepada Inggeris pada tahun 1834.

 

 Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru

 

Terletak diatas bukit berhampiran dengan Pantai Lido, senibina masjid ini merupakan antara yang terindah di Malaysia dan adalah salah satu mercu tanda bagi bandar Johor Bahru. Masjid ini dirancang pembinaannya oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1893, tetapi baginda tidak sempat melihat masjid ini siap dibina kerana telah mangkat di London pada tahun 1895. Masjid ini dirasmikan oleh Sultan Ibrahim pada 2 Februari 1900 bersamaan 1 Syawal 1317.

 

Kota Cornwallis, Pulau Pinang

 

Kota ini diberi nama Cornwallis sempena nama Charles Marques I dan Earl Cornwallis II, Gabenor Jeneral India semasa pembukaan Pulau Pinang oleh Sir Francis Light pada tahun 1786. Pada peringkat awal pembinaannya, kota ini hanya dipagari dengan batang-batang nibong melalui pintu air di muara yang terletak di timur laut kota. Pembinaan tembok kota sepertimana yang ada sekarang ini telah disiapkan di antara tahun 1808 oleh banduan-banduan daripada India.

 

Pihak Inggeris berpendapat pembinaan kota ini amat penting bagi mengukuhkan kedudukannya di Pulau Pinang dan Asia Tenggara amnya. Di dalam kota ini didirikan berek-berek untuk kediaman askar-askar dan juga setor-setor tempat menyimpan senjata, serta sebuah gereja. Di atas benteng kota yang menghala ke laut ditempatkan beberapa buah meriam diantaranya ialah meriam Seri Rambai Tembok kota ini diperbuat daripada batu bata yang dibina dua lapis, bahagian tengahnya diisi dengan tanah untuk kawasan pengawalan. Kota ini telah ditinggalkan selepas tahun 1896 dimana kebanyakkan daripada meriam-meriamnya dipindahkan ke tempat lain.

 

 Kompleks Sejarah Pasir Salak, Perak

 

Kompleks ini dibuka dengan rasminya oleh DYMM Raja Nazrin Shah, Pemangku Raja Perak pada 26 Mei 1990. Ia ditubuhkan untuk mengigati beberapa orang tokoh serta peristiwa bersejarah yang berlaku disini terutama peristiwa pemberontakan pembesar-pembesar Melayu terhadap campurtangan  pihak Inggeris yang membawa kepada pembunuhan J.W.W. Birch, residen British ke Tanah Melayu. Di dalam kompleks ini terdapat rumah dan kubu Dato' Maharaja Lela yang dituduh bersubahat dalam pembunuhan tersebut, model-model rumah Melayu Perak, sebuah muzium yang dinamakan Terowong Sejarah yang mempamerkan peristiwa-peristiwa sejarah melalui diorama, tugu peringatan Birch dan sebuah kompleks yang mengandungi berbagai kemudahan untuk pelawat termasuk tempat penginapan.

 

Istana Kenangan, Kuala Kangsar, Perak

 

Istana ini dibina pada tahun 1928, dikenali juga dengan nama Istana Lembah dan Istana Tepas. Ia merupakan istana tempat bersemayam sementara D.Y.M.M Sultan Idris Al-Mutawakil Bilah Shah sementara menantikan Istana Iskandariah siap dibina. Pembinaannya tidak menggunakan sebarang paku dan dindingnya dibuat daripada anyaman kelarai. Bentuk istana berkonsepkan sebilah pedang dimana hulu pedang adalah bilik peraduan Sultan manakala sarungnya ialah Balai Rongseri istana. Bumbung asal menggunakan papan mengikut kombinasi gaya perabong lima dan perabong pisang sesikat.

 

 Kompleks Sejarah Indera Kayangan, Perlis

 

Kompleks ini yang dilengkapi dengan sebuah muzium di bina untuk memperingati, bekas pusat pemerintahan lama yang pernah bertapak di sini dikenali dengan nama Kota Indera Kayangan, mengandungi Istana Sultan dan balai penghadapan yang dibina semasa zaman pemerintahan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I (1661-1687). Apabila mangkat, baginda digelar sebagai Al-Marhum Kayang Pertama dan dimakamkan di dalam kota ini. Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II (1797-1804) yang digelar Al-Marhum Kayang Kedua, Raja yang memerintah Kayang dan Sentol pernah juga bersemayam di sini. Selain itu, di kota ini terdapat sistem pengairan pertama di negeri Perlis iaitu sebuah terusan yang menghubungkannya dengan laut.

 

Kompleks Sejarah Kota Kuala Kedah, Kedah

 

Kompleks sejarah ini merupakan bekas sebuah pusat pemerintahan dan kota pertahanan Melayu lama yang diperbuat daripada kayu tetapi dimusnahkan oleh Portugis pada tahun 1611 dan Acheh pada tahun 1619. Sebuah kota baru yang diperbuat daripada batu bata dibina di tapak ini antara tahun 1771 hingga 1780 semasa pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah. Ia menjadi rebutan kuasa-kuasa asing antaranya ialah tentera Siam dan dengan kerjasama kerajaan Ligor telah menawannya pada tahun 1821. Semasa pemerintahan Inggeris, kota ini dijadikan sebagai pusat pemerintahan dan didirikan beberapa bangunan seperti rumah api, mahkamah serta rumah kediaman, juga terdapat beberapa buah meriam lama antaranya ialah meriam katak puru dan meriam badak berendam. Selepas merdeka, sebuah sekolah telah didirikan didalam kota ini. Daripada ekskavasi arkeologi yang dijalankan telah ditemui beberapa kesan binaan antaranya ialah tapak istana, penjara dan kolam.

 

 Istana Pelamin, Alor Setar, Kedah

 

 

Istana ini dibina pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Mu'adzam Syah. Dahulunya ia disebut sebagai Istana Kota Setar. Kemudian, dikenali dengan nama Istana Pelamin kerana pada tahun 1904, diistana ini telah berlangsung upacara perkahwinan secara gilang gemilang selama 90 hari 90 malam diantara putera puteri Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Selepas tamat perang dunia kedua ia digunakan oleh pertubuhan sukarela seperti Sekolah Latihan Gadis, Ibu Pejabat Pergerakan Wanita, Pergerakan St. John, Pengakap dan Persatuan Perajurit Negeri Kedah. Istana ini diisytiharkan sebagai Muzium Diraja Negeri Kedah pada 25 Julai 1983 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Syah.

[onlytours.com/includes/footer.htm]